"Kasih si sang ibu kepada anak anaknya tidak pernah akan luntur.Walaupun si sang ibu harus menempuhi kepahitan hidup,kesengsaraan dan kesedihan yang mungkin kita sendiri tidak dapat merasai."
Aku amat hargai kasih sayang dari ibuku sendiri walaupun kini aku sedang menagih kasih dah sayangnya.Aku amat merindui ibu namun aku cekalkan hati dan sentiasa akan cuba memahami ibu.Aku berani mengatakan bahawa aku amat mencintai ibuku.Aku tahu ibu juga merindui aku dan ingin membelaiku seperti mana yang aku mahu disayangi dan dimanjai pabila dia berada disisiku.Aku akan menanti dan saat saat itu akan kembali lagi satu hari nanti.
Dibalik semua ini,tuhan telah kurniakan aku dengan anugerah yang sangat indah.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Walaupun aku tersisih jauh dari kasih sayang dan belaian seorang ibu,itu tidak bermakna aku kehilangan semuanya.Aku ditemukan dengan seorang ibu yang penuh dengan cinta,kasih dan sayang yang sentiasa tidak berbelah bahagi terhadap anak anaknya.Aku kagum akan kekuatannya walaupun disebalik kekuatannya itu tersimpan kelemahan yang amat memedihkan.Sungguhpun dia bukan ibu yang melahirkanku,aku dapat merasakan cinta dan kasihnya terhadap setiap insan yang berlegar anak.Terubat rinduku ingin merasakan belaian dan kasih sayang dari seorang ibu.Setiap pelukan dan ciuman yang dia berikan padaku sentiasa membuat aku merasakan kekuatan cinta si sang ibu.Setiap kali aku mengenangkannya,hati aku menangis gembira.Oleh itu,ianya telah menyedarkanku tentang betapa kuatnya cinta dan pengorbanan sang ibu.Yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kebahagiaan anak anak.
No comments:
Post a Comment